Tuesday, July 28, 2009

Mengapa suami kaku lepas melakukan seks?

Kira-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra. Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

4 sebab utama pancutan pra-matang

1- Sensitivity Melampau pada kepala zakar anda yang menyebabkan mekanisma pancutan di dalam badan anda menghasilkan KEKEJANGAN.. Kekejangan ini menyebabkan keinginan melampau untuk pancutan. Pada ketika ini pancutan tidak dapat dihalang lagi. Atasinya dengan Py-Supergel.

2- Keinginannya terlalu melampau hinggakan seakan-akan tiada cara yang boleh menghalangnya.

3- Keberahian yang Terlalu Tinggi disebabkan oleh kelenjar seks yang terlalu aktif. Hormon mengawal ksemua bahagian seksual anda —Daripada keberahian hinggalah ke pancutan. Apabila anda merasa berahi, kelenjar seks dengan pantas akan mengepam hormon ke saluran darah anda.

4- Pancutan pramatang berlaku apabila tahap hormon seks anda menjadi terlalu tinggi. Hormon anda menjadi tidak seimbang dan anda TIDAK AKAN dapat mengawal pancutan anda.

Benarkah suami ego seks?

Benarkah dalam masalah seksual, suami sangat egois? Tetapi sejauh mana benarnya egois suami mengenai permasalahan seksual?

Prof Dr. Wimpie Pangkahila, seorang pakar sek-sologi, telah bertanyakan kepada ramai suami mengenai masalah ini, dan beliau mendapati ia adalah sesuatu yang subjektif. Tidak ada jawapan khusus kerana dalam masalah seksual, seseorang suami mungkin mengakui ego tetapi untuk kepentingan bersamamungkin sebaliknya.

Mungkin suami merasa dirinya tidak ego, sedangkan isteri mengakui keegoan suaminya. Percangahan ini mungkin muncul kerana mereka salah faham mengenai seksual, terutamanya mengenai keinginan seksual pasangan.

Sikap ego suami, mungkin menyebab-kan isteri tidak cukup menerima rangsangan seksual, di peringkat foreplay mahupun rangsangan semasa mela-kukan hubungan seksual. Akibatnya, isteri berasa sakit ketika melakukan hubungan seks sehingga gagal orgasme.

Jika keadaan ini berterusan, akhirnya isteri kehilangan dorongan seksual dan boleh mengalami vaginismus. Jika ini berlaku hubungan seksual tidak dapat dilakukan. Bagaimana-pun ramai suami ego tidak faham isterinya tidak pernah menikmati hubungan seksual dan tidak tahu masalah seksual yang dialami oleh isteri kerana mereka hanya tahu menikmati kepuasan sendiri.

Maka yang menjadi masalah sebenarnya bukan bagaimana isteri harus memuaskan suami, tetapi bagaimana pula suami harus memuaskan isteri.

Berikut beberapa saranan yang boleh membantu:-

1- Isteri juga seperti anda: Ini bermakna isteri mempunyai dorong¬an seks dan kepertuan seksualnya juga perlu dipenuhi. Jangan anggap isteri hanya sebagai objek seksual untuk memuaskan suami.

2- Ramai isteri mengalami masalah seksual tetapi tidak berani berterus terang kepada suami: Carilah jalan supaya isteri tidak takut atau malu berterus terang sama ada dia menikamati seks atau tidak.
Kurung dari kain kasa ungg.

3- Memuaskan isteri adalah kewajipan anda: Sebagaimana anda selalu berasa puas, setiap kali melakukan hubungan seksual, maka anda mesti melakukan perkara yang sama kepada isteri.

4- Jika anda mengalami gangguan fungsi seksual dan isteri selalu mengeluh tidak puas, segera atasi dengan cara yang betul dan penuh tanggungjawab.

Jika suami melakukan semua saranan di atas, yakinlah bahawa isteri tidak akan kecewa dan tidak menganggap anda sebagai suami egois.

Sebaliknya kalau anda tetap menjadi suami egois, bersedialah menghadapi dan merasakan akibatnya. Mungkin pada awal-nya hanya isteri yang mengalami akibat keegoan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda sebagai suami juga akan merasainya.

Isteri yang kebetulan mempunyai suami egois akan lebih baik jika mengambil sikap dan tindakan seperti berikut:-

I- Beritahu suami apa yang anda inginkan dalam hubungan seksual dan beritahu tentang masalah seksual dialami. Ingat dia juga seperti isteri tidak semuanya faham tentang seksual.

2- Berterus teranglah jika anda memerlukan rangsangan terlebih dahulu, jika suami tidak tahu melakukannya, atau kalau rangsangannya tidak anda sukai, katakan juga secara berterus terang.

3- Jalin hubungan komunikasi yang baik, minta suami membaca buku atau tulisan berkaitan seksual dan menghadiri seminar dan perbincangan tentang masalah berkaitan yang dikendalikan oleh tenaga pakar.

4- Jika suami me¬ngalami gang¬guan fungsi seksual, jangan bosan menya-rankan suami berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalah dan mendapat-kan rawatan. Jika suami tidak mengakui, jangan lemah semangat, jika perlu temaninya mengatasi berjumpa pakar atau menjalani rawatan dan anggap ia sebagai masalah bersama.


CIRI-CIRI SUAMI EGOIS

SEKURANG-KURANGNYA ada tiga kumpulan lelaki yang boleh dianggap sebagai suami egois, walaupun mereka tidak merasa demikian.
• Kumpulan pertama: Suami yang tidak memperdulikan tentang kehidupan seksual isterinya. Anggapan mereka, isteri wajib melayan dan memuaskan keperluan seksual suami. Isteri dianggap objek seksual, oleh itu tidak perlu mengeluh atau menuntut.

• Kumpulan kedua: Suami memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi disebabkan tidak tahu bahawa isteri juga menghadapi masalah seksual. Maka mereka tidak tahu bahawa mereka mengalami masalah egois, sedangkan isteri cukup tertekan dengan sikap mereka.

• Kumpulan ketiga: Suami yang memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi kerana mengalami gangguan fungsi seksual, maka isteri mengalami masalah. Bila isteri mengeluh, mereka tidak mampu mengatasinya.


ANDA TERMASUK DALAM SUAMI JENIS KUMPULAN MANA?

Jika anda termasuk dalam kumpulan pertama, anda memperlakukan isteri sebagai objek seksual, anda hanya mahu isteri dapat memberikan kepuasan sek¬sual, tanpa mempedulikan keinginannya. Jika isteri menolak, anda menyalahkan isteri dan menganggap dia tidak melakukan tanggungjawabnya.

Jika anda termasuk dalam kumpulan kedua, anda mengikuti perkembangan seksual isteri kerana tidak menganggap isteri sebagai pemuas nafsu semata. Tetapi anda tidak mengetahui bahawa isteri sedang mengalami masalah seksual, isteri juga tidak mem-beritahu suami bahawa mengalami masalah seksual. Anda tetap melakukan hubungan seksual seperti anda kehendaki, tanpa mengetahui bahawa isteri tidak dapat menikmatinya.

Anda termasuk dalam kumpulan ketiga, jika tidak mempedulikan kehidupan seksual isteri. Keluhan isteri tidak memberi apa-apa makna, anda tidak berupaya megatasi masalahnya dan tetap saja melakukan hubungan seksual seperti anda inginkan.

Kaedah tingkat sperma

Sperma dihasilkan dalam testikel pada kitaran tiga bulan sekali. Setiap sperma mempunyai satu ekor panjang untuk menolaknya bergerak kedepan. Daripada 500 juta sperma yang dikelaurkan ketika ejakulasi, kira-kira 200 akan sampai ke telur dalam tiub fallopian, tetapi hanya satu berjaya mensenyawakan telur berkenaan.

Bagi perokok, peluang mendapat 200 sperma yang berjaya mendekati telur mungkin rendah dan ia hanya dapat dicapai dengan berhenti merokok.

Selain itu, beberapa kaedah boleh diambil untuk meningkatkan kualiti sperma seperti:

1) Amalkan pemakanan seimbang. Jika tidak, disarankan ambil multivitamin supaya badan dapat cukup bekalan zink, selenium dan asid folik - tiga mineral yang penting untuk penghasilan dan fungsi sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksiden seperti vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.

2) Kurangkan tekanan. Tekanan berpanjangan dan tidak diatasi akan mengganggu hormon diperlukan untuk penghasilan sperma. Jika anda mengalami masalah kesuburan, segera cari jalan mengatasinya kerana jika dibiarkan ia akan membuat anda lebih tertekan.

3) Bersenam selalu. Activiti fizikal bukan saja baik untuk kesihatan badan, malah dapat mengurangkan tekanan.

4) Kekalkan berat badan seimbang. Terlalu banyak atau sedikit lemak boleh mengganggu penghasilan horom kesuburan.

5) Lindungi kesuburan dengan:

- Jauhi bahan beracun

- Jangan merokok

- Elak minum minuman keras (alkohol merendahkan kuantiti dan kualiti sperma). Gabungan merokok dan minum minuman keras akan memburukkan keadaan dan merendahkan kesuburan

- Elakkan mandi sauna, mandi wap panas. Kajian menunjukkan berendam dalam air panas (40 deg celsius) selama 30 minit boleh mengurangkan jumlam sperma

- Jangan duduk terlalu lama untuk memberikan suhu lebih sejuk kepada testis (sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan)

- Berhati-hati dengan ubat yang diambil kerana kebanyakan ubat boleh mempengaruhi penghasilan dan kualiti sperma

- Kurangkan duduk diatas permukaan keras. Jika terpaksa, bangun setiap 30 minit untukmerendahkan suhu pada bahagian berkenaan.

Masalah tenaga batin lelaki

Masalah prostat, lemah tenaga batin dan andropause atau penurunan hormon lelaki adalah antara yang sering dikemukakan oleh pesakit lelaki di Hospital Selayang.

Ketua & Pakar Perunding Urologi Jabatan Urologi, Dr Rohan Malek berkata, tahap kesedaran yang semakin meningkat antara punca mengapa lebih ramai lelaki tampil bertemu doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah yang dihadapi mereka. “Berdasarkan rekod hospital didapati 60 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tampil berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai gejala penyakit yang dihadapi. Antaranya seperti gejala prostat yang menyebabkan pesakit kerap bangun tengah malam untuk membuang air kecil dan aliran air kencing kurang deras. Kebanyakan pesakit menyangka ia normal dan berkaitan dengan usia meningkat sedangkan ia adalah penyakit yang memerlukan rawatan dan dikenali sebagai prostat,” katanya.

Katanya prostat atau masalah salur kencing tersumbat adalah antara penyakit yang sering dihadapi lelaki berusia 50 tahun ke atas. Ia mungkin disebabkan perubahan hormon dan boleh merebak menjadi barah jika tidak dirawat. Malah dijangkakan barah prostat semakin meningkat di masa depan. Berdasarkan kempen yang dijalankan oleh Hospital Selayang sebelum ini, dianggarkan 1 hingga 2 peratus lelaki ditemui mengalami barah prostat.

Satu lagi penyakit yang dihadapi lelaki ialah masalah berkaitan tenaga batin. Menurut Dr Rohan, walaupun semakin ramai lelaki bersikap terbuka untuk membincangkan mengenai masalah tenaga batin berbanding sepuluh tahun lalu, bilangannya masih rendah. Dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus lelaki yang lazimnya sudah berusia 50-an datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mereka sedar terdapat kaedah untuk memulihkannya. Selebihnya masih dibelenggu perasaan malu.

“Kebanyakan lelaki yang datang mengadu menghadapi masalah tenaga batin terdiri daripada lelaki berumur. Sesetengahnya datang kerana alasan tersendiri seperti beristeri muda atau selepas gagal memulihkan masalah berkenaan secara rawatan tradisional. Antara masalah tenaga batin adalah lemah keinginan seks, masalah ereksi, masalah ejakulasi (pancutan air mani) sama ada terlalu cepat atau tidak keluar langsung,” katanya.

Lemah tenaga batin boleh berpunca daripada kesan penyakit seperti darah tinggi, diabetis, ubat yang dimakan, masalah psikologi seperti keresahan atau tekanan, trauma dan masalah endokrin (hormon).

“Masalah seks juga disebabkan oleh pengurangan hormon lelaki (testosteron) apabila usia meningkat senja. Ia seperti menopause yang dialami wanita cuma bezanya hormon lelaki tidak putus terus tetapi tidak mencukupi. Bagaimanapun bukan semua lelaki mengalaminya,” katanya.

Cara memancing ghairah suami

"Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu
Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti 'bertelanjang' beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi
Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui 'hadiah' yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.

Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar 'selamat.'

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda

so, amacam wahai isteri-isteri? dah ready memberi kejutan?"

Rahsia urut zakar

Rahsia urut zakar adalah bertujuan untuk membesarkan tisu-tisu penegang, dan melancarkan perjalanan darah

Tuam panas – Menyegarkan zakar, dan memastikan semua salur darah yang halus didalam zakar berfungsi dan dapat diisi dengan darah ketika menegang dengan sempurna bagi menentukan penegangan yang optimum. Urutan – amalan teknik mengurut yang betul mempercepatkan proses pemanjang zakar, serta meregangkan kulit-kulit luar zakar.

Otot kemutan – Melatih otot kemutan kearah mengawal pancutan mani, dan juga menjadikan pancutan mani seperti satu tembakan (tidak meleleh). Pancutan mani yang kuat didalam faraj adalah satu nikmat yang tidak terhingga kepada pasangan anda.

Membuat zakar sentiasa segar dan bermaya. Mencegah dari berlakunya mati pucuk, kerana mengurut dapat membantu melancarkan perjalanan darah pada zakar

Pembentukkan zakar yang menarik – zakar yang bengkok dapat dibetulkan, saiz zakar yang besar lebih menarik, menambahkan nikmat kepada pasangan anda. Anda boleh melakukan sendiri dirumah atau dimana sahaja tempat yang sesuai .

Sebagai lelaki anda akan lebih yakin dan berbangga dengan saiz zakar yang panjang dan besar. Tiada sebarang pantang, ataupun amalam mistik (tahyul). Program ini adalah kaedah latihan pengurutan. Meningkatkan daya dan kekuatan stamina ketika hubungan seks.

Semua Masalah Seksual Lelaki boleh di rawat mengikut Kaedah yang betul, antaranya ialah:-

Lemah Tenaga Batin

Lemah Tenaga Batin ini boleh diatas dengan amalan teknik mengurut yang betul. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit fizikal atau mental. Mengamalkan ubat-ubat terlampau lama boleh menyebabkan penyakit Lemah Tenaga Batin

Zakar Tidak Tegang

Mungkin disebabkan otot-otot zakar telah mengecut atau lemah. Urut untuk menguatkan otot-otot supaya kembali normal