Tuesday, July 28, 2009

Kaedah tingkat sperma

Sperma dihasilkan dalam testikel pada kitaran tiga bulan sekali. Setiap sperma mempunyai satu ekor panjang untuk menolaknya bergerak kedepan. Daripada 500 juta sperma yang dikelaurkan ketika ejakulasi, kira-kira 200 akan sampai ke telur dalam tiub fallopian, tetapi hanya satu berjaya mensenyawakan telur berkenaan.

Bagi perokok, peluang mendapat 200 sperma yang berjaya mendekati telur mungkin rendah dan ia hanya dapat dicapai dengan berhenti merokok.

Selain itu, beberapa kaedah boleh diambil untuk meningkatkan kualiti sperma seperti:

1) Amalkan pemakanan seimbang. Jika tidak, disarankan ambil multivitamin supaya badan dapat cukup bekalan zink, selenium dan asid folik - tiga mineral yang penting untuk penghasilan dan fungsi sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksiden seperti vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.

2) Kurangkan tekanan. Tekanan berpanjangan dan tidak diatasi akan mengganggu hormon diperlukan untuk penghasilan sperma. Jika anda mengalami masalah kesuburan, segera cari jalan mengatasinya kerana jika dibiarkan ia akan membuat anda lebih tertekan.

3) Bersenam selalu. Activiti fizikal bukan saja baik untuk kesihatan badan, malah dapat mengurangkan tekanan.

4) Kekalkan berat badan seimbang. Terlalu banyak atau sedikit lemak boleh mengganggu penghasilan horom kesuburan.

5) Lindungi kesuburan dengan:

- Jauhi bahan beracun

- Jangan merokok

- Elak minum minuman keras (alkohol merendahkan kuantiti dan kualiti sperma). Gabungan merokok dan minum minuman keras akan memburukkan keadaan dan merendahkan kesuburan

- Elakkan mandi sauna, mandi wap panas. Kajian menunjukkan berendam dalam air panas (40 deg celsius) selama 30 minit boleh mengurangkan jumlam sperma

- Jangan duduk terlalu lama untuk memberikan suhu lebih sejuk kepada testis (sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan)

- Berhati-hati dengan ubat yang diambil kerana kebanyakan ubat boleh mempengaruhi penghasilan dan kualiti sperma

- Kurangkan duduk diatas permukaan keras. Jika terpaksa, bangun setiap 30 minit untukmerendahkan suhu pada bahagian berkenaan.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: